Kencing Manis

on 30 September 2014

Sejarah Kencing Manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabilaFrederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Jenis Kencing Manis

Terdapat 2 jenis kencing manis :-

Jenis 1 (Type 1)

Dikenali juga sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetis awal remaja. Ia dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis ini mula mendapat simptom semasa kanak-kanak atau remaja. Ia disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Jenis II (Type II)

Dikenali sebagai tidak bergantung pada insulin (NIDDM – Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus. Jenis ini paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Penghidap diabetes ini selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Tanda-tanda anda menghidap kencing manis

Terdapat 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis
  • Paras gula darah tinggi.
  • Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Sentiasa lapar
  • Luka lambat sembuh
  • Keletihan dan cepat marah
  • Terdedah kepada jangkitan kulat (terutama kepada wanita jangkitan pada faraj)
  • Penglihatan kabur
  • Sensasi pada tangan dan kaki (rasa kebas, kesakitan membakar @ membengkak pada tangan dan kaki)
  • Kulit merengsa 

Individu yang berisiko tinggi

Sesiapa sahaja tidak kira umur boleh menghidap diabetes. Sekiranya anda mempunyai perkara berikut anda perlu berhati-hati :-
  • Berumur 35 tahun ke atas.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Impaired glucose tolerance (IGT)
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 4 kg atau lebih)
  • Tekanan darah tinggi
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Faktor pemakanan – makanan yang berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan yang berserat.
  • Tahap lemak/kolestrol tinggi

Shaklee dan Kencing Manis

Antara produk-produk Shaklee yang boleh membantu anda merawat dan mengawal penyakit ini ialah:-
  • ESP – membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan penyembuhan luka
  • GLA Complex – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan paras kolestrol
  • Vita –C – mengukuhkan kapilari dan salur darah
  • Zinc Complex – Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat
  • Alfalfa Complex – Membantu menstabilkan gula dalam darah
  • Vita Lea – Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
  • Vivix – membantu meningkatkan sensitivity tubuh terhadap hormon insulin.
Read the full article →

Pantang larang semasa berpantang

on 11 September 2014

Assalammualaikum uolls..ha Mas dah janji nak kongsikan pasal pantang larang semasa berpantang kan? So apa tunggu lagi? Let’s check dis out..

Dilarang tidur tidak berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan ibu yang dalam berpantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angina naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan.

Memakai sarung kaki (stokin)

Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.

Jangan duduk mencangkung

Jika ibu-ibu yang di dalam pantang duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tergelungsur atau terturun. Ia adalah salah satu punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan tumpah darah.

Mandi duduk di bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan kaki semasa tidur

Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.

Jangan terlalu aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan kemabli tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan makan ubi-ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit itu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan tidur di waktu matahari naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yang mengandungi Vitamin D yang tinggi.

Jangan tidur di waktu senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan menjahit pakaian dan membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca kerana keadaan fizikal ibu yang lemah dan boleh menyebabkan ibu-ibu cepat rabun sebelum tua.

Tidak boleh keluar rumah waktu senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja kerana waktu ini syaitan berkeliaran dan boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu jari tidak boleh terhantuk

Ibu-ibu yang berpantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Ok so far dats all pantang larang yang Mas dapat kongsikan dengan uolls semua..semoga bermanfaat untuk kita yang bergelar ibu..
Read the full article →

Persiapan ibu-ibu sebelum melahirkan

on 03 September 2014

Hye uolls..bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak mesti dah tau kan barang apa yang perlu disediakan sebelum tiba waktu kelahiran..tapi bagi ibu-ibu yang pertama kali mengalaminya mesti resah kerana tidak tahu apa yang perlu disediakan.

Actually barang-barang keperluan boleh di prepare dari usia kandungan 7 bulan / 28 minggu..orang cakap standby..mana tau berjalan rasa nak terbesalin ke..so kalau da prepare awal-awal letak kat bonet kereta tu kan dah selamat..

Antara barang-barang yang perlu disediakan adalah :-

Keperluan ibu

  • buku checkup (kale pink tu)
  • Kad pengenalan (ni paling penting jangan lupa ye)
  • air / minyak selusuh
  • 1 helai tuala mandi
  • 5 helai maternity pad
  • 1 pasang stokin
  • 3 helai nursing bra
  • 2 helai kain batik
  • 1 pasang nursing attire (dipakai time balik)
  • 1@2 helai tudung (pakai yang sarung je..senang)
  • toiletries 
  • handphone & charger
  • supplement

Keperluan Bayi

  • 1 helai selimut untuk bedung
  • 2 pasang baju lengan pendek
  • 2 pasang baju lengan panjang
  • 2 helai topi kepala
  • 2 pasang booties & mitten
  • 6 keping diapers (lebih pun tak pe)
Ha tu antara keperluan-keperluan yang perlu ibu-ibu prepare sebelum ke hospital ye.. So ibu-ibu yang dah nak bersalin tu..be prepare ye..bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. ;)

Read the full article →

Berpantang


Assalammualaikum..hye uolls entri kali ni Mas nak kongsikan tentang berpantang. Bagi masyarakat melayu berpantang ni perkara biasa..tapi perkara biasa ni sebenarnya amat penting untuk kesihatan. Mungkin ada yang berfikir ala tak pantang pun aku sihat jugak..jangan macam tu ye uolls..sekarang memang la sihat bila dah umur 40++ percaya lah mesti terasa sendi-sendi sakit, tulang sakit dan macam-macam lagi lah..

Amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dam kewanitaan perempuan. Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan.

Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.


Antara amalan utama yang masih banyak dipraktikkan oleh wanita melayu adalah :-

Bertangas

Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk bertangas ialah daun senduduk dan sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada seluruh anggota badan. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat member kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit juga akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.

Bertungku

Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri. Bahan yang dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besar. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah pana, batu tungku tadi hendaklah di balut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan terutamanya bahagian perut. Bertungku dikatakan boleh mengindarkan kulit perut serta anggota tubuh badan yang lain daripada menjadi berkedut-kedut.

Berbengkung

Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbengkung dapat memberi sokongan kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak.

Berurut

Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita melayu. Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurut juga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.

Makan ubat/jamu

Selepas bersalin kebanyakan wanita melayu akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Pada zaman sekarang kebanyakan wanita selepas bersalin mengamalkan suplemen kerana khuatir bayi mengalami cirit-birit jika mengamalkan jamu.

Ok uolls tu saje kali ni pasal berpantang..pas ni kita sambung pulak pasal pantang larang time berpantang ok daa...
Read the full article →

Shaklee & Rahim Lemah

on 27 August 2014


Assalammualaikum..entri kali ni Mas nak kongsikan dengan uolls berkenaan dengan Cervical Incompetence ataupun Lemah Pangkal Rahim.


Apa itu Cervical Incompetence?

Satu keadaan bagi wanita yang sedang hamil, dimana serviknya (pangkal Rahim) mula terbuka dan menipis. Sebelum kehamilannya cukup bulan. Ia menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang ketika trimester kedua dan ketiga.

Bagi wanita biasa, keadaan servik yang membuka dan menipis itu adalah susulan akibat kontraksi rahim, tetapi bagi pesakit Cervical Incompetence, semuanya berlaku tanpa disedari kerana tidak sakit dan tiada kontraksi. Ia berlaku akibat tekanan daripada rahim yang semakin membesar dan sekiranya tiada intervensi dilakukan, ketuban boleh pecah dan menyebabkan kelahiran pramatang.

4 Kategori Lemah Pangkal Rahim

Tahap 1 : Rahim jatuh sedikit pada vagina
Tahap 2 : Pintu rahim jatuh sehingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3 : Rahim terkeluar dari permukaan faraj.
Tahap 4 : Keseluruhan rahim memang terkeluar. Ini disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.

Punca-punca Lemah Pangkal Rahim

  • Telah didiagnos mempunyai pangkal rahim lemah semasa kehamilan sebelumnya.
  • Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.
  • Berat badan yang berlebihan dan tidak mampu diangkat oleh badan.
  • Sejarah membran pecah sebelum cukup bulan.
  • Mempunyai sembelit atau batuk kronik yang memberi tekanan tinggi pada abdomen.
  • Trauma disignifikan pada servik.
  • Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara semulajadi menyebabkan menopaus.
  • Pernah melakukan D & C (cuci rahim).

Bagaimana merawat Cervical Incompetence?

Ia dirawat melalui prosedur pembedahan yang dinamakan Cervical Cerclage iaitu satu teknik pembedahan untuk menguatkan pangkal rahim dengan jahitan (seperti jerutan). Ia dilakukan ketika kehamilan mencapai 14-16 minggu, melalui vagina dengan bantuan speculum atau melalui pembedahan pada abdomen. Jahitan pada pangkal servik itu akan dibuang apabila kehamilan mencapai 36-38 minggu atau sekiranya pesakit datang dengan tanda untuk bersalin.

Tips-tips untuk mengatasi Cervical Incompetence

  • Jangan berdiri/berjalan lebih dari 15 minit.
  • Jangan duduk lebih dari 2 jam.
  • Jangan menaiki tangga melebihi 2 kali dalam sehari.
  • Jangan mengangkat barang melebihi 2.5kg.
  • Jangan melakukan hubungan seksual. Ini kerana akan berlakunya gegaran pada rahim yang boleh mengakibatkan keguguran.
  • Boleh melakukan kerja-kerja ringan di rumah tetapi digalakkan untuk duduk semasa melakukannya.
  • Boleh pergi ke kedai/pasar yang berdekatan dengan rumah tetapi meletakkan kereta berdekatan dengan pintu masuk dan melakukan pembelian dengan cepat.
  • Elak Travel
  • Makan kurma Ajwa 7 biji sehari
  • Amalkan surah Al-Hijr ayat 97-99. Baca ayat tersebut sambil usap perut seberapa kerap yang mungkin dan mohon pada Allah s.w.t. supaya rahim kuat.

Supplement Shaklee

Di Shaklee terdapat beberapa supplement yang boleh membantu untuk menguatkan rahim. Antaranya Energizing Soy Protein dan Vita-E Complex. Fungsi-fungsinya seperti berikut :-

Energizing Soy protein (ESP)

ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak dan ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap dan banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.

Vita-E Complex

Bahan anti-oksidan yang membantu untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal bebas. Selenium yang terdapat di dalam Vita-E Shaklee boleh mencegah kromosom dari terpecah iaitu yang boleh menyebabkan bayi cacat dan keguguran.

Tetapi harus diingatkan if uolls mengandung dan nak kuatkan rahim, uolls boleh ambil ESP sahaja. If uolls tak mengadung tapi nak merancang bolehlah ambil Vita-E sekali.
Read the full article →

Gemuk?????

on 07 July 2014


Kenapa dengan tajuk tu ek?? Comey tak budak kecik tu gemuk? Mesti kita tak kisahkan? Ye la nampak comey gitu..cuba kita yang gemuk..haish bonjol sana, bonjol sini..diri sendiri pun rasa tak selesakan? Jom kita kenal apa itu gemuk..

Gemuk merupakan berat badan melebihi 20 peratus dari berat badan yang ideal. Ia berlaku disebabkan kalori yang masuk melebihi kalori yang diperlukan dan ia menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dibahagian badan yang tertentu.

Punca-punca Gemuk

  • Tenaga yang tak seimbang dalam badan.
  • Gaya hidup yang kurang aktif.
  • Genetik dan faktor keturunan.
  • Faktor kesihatan (kekurangan hormon tiroid, crushing syndrome & polycstic ovarian syndrome).
  • Ubat-ubatan (anti depresi, corticosteroid & lain-lain).
  • Faktor emosi.
  • Merokok.
  • Umur.
  • Hamil.
  • Kurang tidur.

3 Kategori Gemuk

Gemuk Air

  • Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan rasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin

  • Perut merasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
  • Mudah mendapat sakit kepala.

Gemuk Daging

  • Badan rasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
  • Proses penurunan agak lambat berbanding gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut aturan yang disarankan.

Cara mengetahui jenis gemuk

Gemuk Air & Angin

Picit lengan tangan anda dan anda akan merasa lengan tangan anda mengelambir dan lembik.

Gemuk Daging

Picit lengan tangan anda dan anda merasa lengan anda pejal dan padat.

Risiko kegemukan

  • Penyakit kardiovaskular (sakit jantung)
  • Strok @ angin ahmar
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes
  • Paras kolestrol tinggi dalam darah
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Sakit tulang belakang, pinggang dan lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

Produk Shaklee

Mas syorkan anda mengambil suplemen selain melakukan senaman dan kawal cara pemakanan anda. Antara cadangan suplemen adalah :-
Anda juga boleh klik-klik order di sini.. Selamat bershopping & selamat berkurus secara sihat dengan Shaklee.. ;)



Read the full article →

Cadangan Set Slimming Shaklee

Read the full article →
 
© VitaminBonda All Rights Reserved