Salam ceria sahabat..hari ni saya rasa terpanggil untuk
berkongsi dengan anda semua tentang penyakit batu hempedu. Ramai yang tidak
tahu sebenarnya penyakit ini ‘silent killer’. Kita semak dulu apa fungsi
hempedu dalam badan kita.
Hempedu berfungsi menyerap lemak dalam tubuh. Setiap
lemak yang kita makan akan ditapis oleh hempedu. Komposisi lemak yang terlalu
banyak menyebabkan lemak bertukar menjadi batu.
Faktor-faktor risiko penyakit batu hempedu
Batu hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi
secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor
lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
- Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
- Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
- Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
- Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
Gejala-gejala penyakit batu hempedu
- Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas perut.
- Rasa sakit apabila ditekan pada bahagian tepi ulu hati.
- Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas.
- Rasa loya dan muntah tanpa sebab.
- Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit berterusan atau mengalami demam panas.
- Selain itu, ada ketikanya batu karang hempedu terlepas daripada pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa).
- Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala pankreas dan menyebabkan ketulan batu karang ini tersumbat dan menyekat duktus mengakibatkan komplikasi dikenali sebagai pankreatitis.
Jenis-jenis batu karang hempedu
- Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
- Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
- Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.
Kaedah atau rawatan
Pembedahan
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan
surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis
pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang
berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan
aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan
melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan
terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila
rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah
pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada
pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan
ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam
beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu
karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan
extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi
tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk
kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
PETUA (Sumber: Dr Hamid Arshat)
Jom baca apa petua Dr. Hamid tentang cara nak hilangkan
batu karang ni dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones).
- Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut
- Hari ke-6 jangan makan malam
- Pada pukul 6 petang hari ke-6: makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate) yang boleh dibeli dari farmasi
- Pukul 8 malam hari ke-6: ulang makan garam Epsom
- Pukul 10 malam hari ke-6: Campurkan satu cawan (250 ml) minyak zaitun atau minyak bijan dan setengah cawan jus lemon segar (perah 3 biji lemon). Campur minyak zaitun dengan jus lemon dan minum.
- InshaAllah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
Set Cadangan Shaklee
Selain itu Shaklee juga ada cadangan suplemen untuk
mereka yang menghidap batu hempedu. Antaranya :-
- B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
- Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman.
- Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang
- Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
- Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi
- Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.
- Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut