Persiapan ibu-ibu sebelum melahirkan

on 03 September 2014

Hye uolls..bagi ibu-ibu yang pernah melahirkan anak mesti dah tau kan barang apa yang perlu disediakan sebelum tiba waktu kelahiran..tapi bagi ibu-ibu yang pertama kali mengalaminya mesti resah kerana tidak tahu apa yang perlu disediakan.

Actually barang-barang keperluan boleh di prepare dari usia kandungan 7 bulan / 28 minggu..orang cakap standby..mana tau berjalan rasa nak terbesalin ke..so kalau da prepare awal-awal letak kat bonet kereta tu kan dah selamat..

Antara barang-barang yang perlu disediakan adalah :-

Keperluan ibu

  • buku checkup (kale pink tu)
  • Kad pengenalan (ni paling penting jangan lupa ye)
  • air / minyak selusuh
  • 1 helai tuala mandi
  • 5 helai maternity pad
  • 1 pasang stokin
  • 3 helai nursing bra
  • 2 helai kain batik
  • 1 pasang nursing attire (dipakai time balik)
  • 1@2 helai tudung (pakai yang sarung je..senang)
  • toiletries 
  • handphone & charger
  • supplement

Keperluan Bayi

  • 1 helai selimut untuk bedung
  • 2 pasang baju lengan pendek
  • 2 pasang baju lengan panjang
  • 2 helai topi kepala
  • 2 pasang booties & mitten
  • 6 keping diapers (lebih pun tak pe)
Ha tu antara keperluan-keperluan yang perlu ibu-ibu prepare sebelum ke hospital ye.. So ibu-ibu yang dah nak bersalin tu..be prepare ye..bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. ;)

Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved