Apa itu Diet Atkins ?

on 16 March 2014

Assalamualaikum uolls...
hari ni Bonda nak cerita sikit Diet Atkin ataupun LCD..eh eh monitor ke Bonda??

Dak eh.. LCD tu Low Carbs Diet ataupun Diet Rendah Karbohidrat.



LCD diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins iaitu seorang pengasas dan pengarah perubatan Pusat Atkins Perubatan Komplementari di New York bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan.


Dr Atkin mula membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan kita akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan kita akan mula menyusut.


Atkins Nutritional Approach dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:



  1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini.
  2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
  3. Pre-maintenance
  4. Lifetime Maintenance

Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved