Penjagaan Luka Selepas Bersalin

on 19 May 2014

Tidak kira sama ada ibu melahirkan anak secara normal atau pembedahan Caesarean, ia memerlukan penjagaan rapi agar tidak berlaku jangkitan kuman yang boleh menyebabkan masalah lain.

Penjagaan luka bersalin normal

Jahitan episiotomi
  • Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
  • Kawal pergerakan agar jahitan tidak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak lain.

Pembedahan Caesarean

  • Ibu yang menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
  • Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit.
  • Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.
Sumber  : Pa & Ma

Di Shaklee kami mempunyai vitamin yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka iaitu Zinc.
Zinc dapat menbantu dalam mengurangkan kelesuan yang kronik, pengucupan uterus untuk membantu mengembalikan daya ketahanan dan mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam serta memperbaiki alergi.

Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved