Kencing Manis

on 30 September 2014

Sejarah Kencing Manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.

Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabilaFrederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Jenis Kencing Manis

Terdapat 2 jenis kencing manis :-

Jenis 1 (Type 1)

Dikenali juga sebagai diabetis bersandar insulin (IDDM-Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetis awal remaja. Ia dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis ini mula mendapat simptom semasa kanak-kanak atau remaja. Ia disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Jenis II (Type II)

Dikenali sebagai tidak bergantung pada insulin (NIDDM – Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus. Jenis ini paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Penghidap diabetes ini selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Tanda-tanda anda menghidap kencing manis

Terdapat 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis
  • Paras gula darah tinggi.
  • Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Sentiasa lapar
  • Luka lambat sembuh
  • Keletihan dan cepat marah
  • Terdedah kepada jangkitan kulat (terutama kepada wanita jangkitan pada faraj)
  • Penglihatan kabur
  • Sensasi pada tangan dan kaki (rasa kebas, kesakitan membakar @ membengkak pada tangan dan kaki)
  • Kulit merengsa 

Individu yang berisiko tinggi

Sesiapa sahaja tidak kira umur boleh menghidap diabetes. Sekiranya anda mempunyai perkara berikut anda perlu berhati-hati :-
  • Berumur 35 tahun ke atas.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Impaired glucose tolerance (IGT)
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 4 kg atau lebih)
  • Tekanan darah tinggi
  • Gaya hidup tidak aktif
  • Faktor pemakanan – makanan yang berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan yang berserat.
  • Tahap lemak/kolestrol tinggi

Shaklee dan Kencing Manis

Antara produk-produk Shaklee yang boleh membantu anda merawat dan mengawal penyakit ini ialah:-
  • ESP – membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan penyembuhan luka
  • GLA Complex – mengimbangi hormone insulin dan menurunkan paras kolestrol
  • Vita –C – mengukuhkan kapilari dan salur darah
  • Zinc Complex – Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat
  • Alfalfa Complex – Membantu menstabilkan gula dalam darah
  • Vita Lea – Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
  • Vivix – membantu meningkatkan sensitivity tubuh terhadap hormon insulin.
Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved