Shaklee & Rahim Lemah

on 27 August 2014


Assalammualaikum..entri kali ni Mas nak kongsikan dengan uolls berkenaan dengan Cervical Incompetence ataupun Lemah Pangkal Rahim.


Apa itu Cervical Incompetence?

Satu keadaan bagi wanita yang sedang hamil, dimana serviknya (pangkal Rahim) mula terbuka dan menipis. Sebelum kehamilannya cukup bulan. Ia menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang ketika trimester kedua dan ketiga.

Bagi wanita biasa, keadaan servik yang membuka dan menipis itu adalah susulan akibat kontraksi rahim, tetapi bagi pesakit Cervical Incompetence, semuanya berlaku tanpa disedari kerana tidak sakit dan tiada kontraksi. Ia berlaku akibat tekanan daripada rahim yang semakin membesar dan sekiranya tiada intervensi dilakukan, ketuban boleh pecah dan menyebabkan kelahiran pramatang.

4 Kategori Lemah Pangkal Rahim

Tahap 1 : Rahim jatuh sedikit pada vagina
Tahap 2 : Pintu rahim jatuh sehingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3 : Rahim terkeluar dari permukaan faraj.
Tahap 4 : Keseluruhan rahim memang terkeluar. Ini disebabkan oleh kelemahan dalam semua otot sokongan.

Punca-punca Lemah Pangkal Rahim

  • Telah didiagnos mempunyai pangkal rahim lemah semasa kehamilan sebelumnya.
  • Kerap mengangkat bebanan berat yang tidak mampu diangkat oleh badan.
  • Berat badan yang berlebihan dan tidak mampu diangkat oleh badan.
  • Sejarah membran pecah sebelum cukup bulan.
  • Mempunyai sembelit atau batuk kronik yang memberi tekanan tinggi pada abdomen.
  • Trauma disignifikan pada servik.
  • Faktor usia seiring dengan penurunan paras hormon estrogen secara semulajadi menyebabkan menopaus.
  • Pernah melakukan D & C (cuci rahim).

Bagaimana merawat Cervical Incompetence?

Ia dirawat melalui prosedur pembedahan yang dinamakan Cervical Cerclage iaitu satu teknik pembedahan untuk menguatkan pangkal rahim dengan jahitan (seperti jerutan). Ia dilakukan ketika kehamilan mencapai 14-16 minggu, melalui vagina dengan bantuan speculum atau melalui pembedahan pada abdomen. Jahitan pada pangkal servik itu akan dibuang apabila kehamilan mencapai 36-38 minggu atau sekiranya pesakit datang dengan tanda untuk bersalin.

Tips-tips untuk mengatasi Cervical Incompetence

  • Jangan berdiri/berjalan lebih dari 15 minit.
  • Jangan duduk lebih dari 2 jam.
  • Jangan menaiki tangga melebihi 2 kali dalam sehari.
  • Jangan mengangkat barang melebihi 2.5kg.
  • Jangan melakukan hubungan seksual. Ini kerana akan berlakunya gegaran pada rahim yang boleh mengakibatkan keguguran.
  • Boleh melakukan kerja-kerja ringan di rumah tetapi digalakkan untuk duduk semasa melakukannya.
  • Boleh pergi ke kedai/pasar yang berdekatan dengan rumah tetapi meletakkan kereta berdekatan dengan pintu masuk dan melakukan pembelian dengan cepat.
  • Elak Travel
  • Makan kurma Ajwa 7 biji sehari
  • Amalkan surah Al-Hijr ayat 97-99. Baca ayat tersebut sambil usap perut seberapa kerap yang mungkin dan mohon pada Allah s.w.t. supaya rahim kuat.

Supplement Shaklee

Di Shaklee terdapat beberapa supplement yang boleh membantu untuk menguatkan rahim. Antaranya Energizing Soy Protein dan Vita-E Complex. Fungsi-fungsinya seperti berikut :-

Energizing Soy protein (ESP)

ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak dan ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap dan banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.

Vita-E Complex

Bahan anti-oksidan yang membantu untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal bebas. Selenium yang terdapat di dalam Vita-E Shaklee boleh mencegah kromosom dari terpecah iaitu yang boleh menyebabkan bayi cacat dan keguguran.

Tetapi harus diingatkan if uolls mengandung dan nak kuatkan rahim, uolls boleh ambil ESP sahaja. If uolls tak mengadung tapi nak merancang bolehlah ambil Vita-E sekali.
Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved