Hari ni mas nak bercerita pasal pneumokokal.. ni cerita pengalaman sendiri.. anak mas pernah kena dan siap check in kat hospital 3 hari 2 malam..(wah ingat hotel???) tapi tu lah kenyataannya.. apa yang mas rasa masa tu hanya Allah je yang tau..mereka yang bergelar ibu pun mesti rasa apa yang mas rasa.. ok lah berbalik pada pneumokokal.. Jom kita berkenalan dengannya..
Apa itu Pneumokokal?
Pneumokokal adalah kumpulan penyakit kompleks yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia. Bakteria ini menyebabkan jangkitan serius seperti bakteremia/sepsis (bakteria dalam darah), meningitis (radang membran keliling saraf tunjang atau otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga).Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa penyakit pneumokokal membunuh kira-kira 700,000 hingga satu juta kanak-kanak berumur bawah lima tahun. Warga tua tidak terkecuali diancam penyakit ini kerana mereka adalah golongan paling teruk diserang pneumonia setiap tahun.
Usia manusia yang semakin meningkat serta co-morbiditi menjadi antara faktor utama penyakit pneumokokal invasif dan bukan invasif, termasuk pneumonia.
Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria,virus,kulat atau parasit. Jangkitan ini menyebabkan keradangan atau inflamasi gelembung-gelembung udara atau alveoli paru-paru.Alveoli ini bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Keradangan gelembung-gelembung gas ini mengakibatkan pertukaran gas akan terjejas.
Tanda-tanda
- Demam panas
- Batuk dengan atau tanpa kahak
- Sakit dada
- Tiada selera makan, tidak mahu makan
- Rasa tidak sihat, sering merengek
- Pernafasan laju atau susah bernafas
- Muntah atau cirit-birit
Kumpulan berisiko tinggi
- Berusia lebih 50 tahun
- Perokok
- Kurang khasiat akibat masalah kesihatan atau kekurangan makanan
- Mengalami masalah paru-paru sedia ada termasuk cystic fibrosis, asma atau penyakit sekatan pulmonari kronik (emphysema)
- Mengalami masalah kesihatan lain termasuk kencing manis atau penyakit jantung
- Sistem imun yang lemah akibat HIV, pemindahan organ, kemoterapi atau penggunaan steroid kronik
- Mengalami kesukaran batuk akibat strok, ubat atau alkohol
- Pernah mengalami jangkitan saluran respiratori atas termasuk influenza
Apa yang doktor akan lakukan?
Ujian Xray
Doktor anda akan melakukan ujian Xray dada. Imbasan xray dada anda mungkin menunjukan kesan tompokan putih atau normalKahak
Kahak akan diperiksa dibawah mikroskop untk melihat kuman. Kultur kahak dibuat untuk menentukan jenis kuman.Darah
Melihat tindak-balas sel terhadap jangkitan.Sel darah putih anda mungkin mengalami peningkatan atau normal atau rendah.Kultur darah juga mungkin dilakukan jika doktor anda menyangka berlakunya sepsis atau septisemia.
Adakah anda diwajibkan duduk di Hospital
- Anda mungkin dirawat sebagai pesakit luar.Anda mungkin akan diberi Antibiotik secara makan.
- Tiada rawatan spesifik jika anda diserang oleh virus.
- Saya mengesyorkan anda makan makan berkhasiat, minum banyak air, mengambil suplement terutama Vitamin C, multivitamin atau suplemen penguat imuniti seperti habatus sauda atau cendawan shitakee.
- Anda juga memerlukan rehat dan tidur secukupnya.
- Tangani strees pada masa ini dengan bijaksana,sokongan ahli keluarga adalah amat penting.
Bila anda wajib duduk hospital
- Berlaku sesak nafas dan anda mempunyai penyakit-penyakit lain
- Warga emas
- Anda mungkin akan duduk di wad selama 5 sehingga 10 hari bergantung kepada kemajuan rawatan anda
Adakah jangkitan pneumokokal ini serius?
Jangkitan ini boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:- Pernafasan laju
- Sukar untuk bernafas
- Bibir menjadi biru
- Batuk berdarah
- Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk penyakit ini?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.Sekiranya jangkitan ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
- Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
- Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
- Teruskan penyusuan susu ibu.
- Mengambil immunisasi. Contohnya:
- Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
- Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
- Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
- Nutriferon - Mengukuhkan sistem imun dengan menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita.
- Omega Guard - Meningkatkan sistem imunisasi dan dapat merawat demam selsema dan batuk
- Mealshake - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan tubuh dan membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
- Sustained Release Vita C - Mengukuhkan sistem imun, mengurangkan simptom selsema.