Senggugut

on 23 June 2014

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Tanda-tanda

  • Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
  • Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
  • Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelehan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan muntah, cirit-birit.

Komplikasi

  • Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)
  • Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan

  • Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
  • Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
  • Pil perancang.
  • Penggunaan Haba
  • Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation") - Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.
Uish rawatan yang last tu menyiksakan..kalau kita tidak mahu menelan ubat sembarangan, apa kata kita makan vitamin untuk mengurangkan simptom-simptom PMS. Di Shaklee kami mencadangkan beberapa Vitamin yang boleh anda makan untuk mengurangkan simptom-simptom tersebut. Antaranya :-


Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved