Bukan semua wanita dikurniakan rezeki boleh terus mengandung selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang perlu menunggu berbulan bahkan bertahun sebelum dikurniakan cahaya mata. Memang kita sedia maklum, ia adalah rezeki kurniaan dari Allah Yang Maha Kuasa.
Usaha berterusan perlu dilakukan tanpa henti selain berdoa meminta kepada Yang Maha Esa. Salah satu usaha yang perlu dipraktiskan oleh wanita yang ingin hamil adalah mengamalkan pengambilan suplemen tambahan
Oleh itu bakal ibu perlu mencari ilmu mengenai keperluan suplemen yang diperlukan oleh wanita yang merancang untuk mengandung. Tubuh badan manusia terutama wanita yang hendak memiliki anak memerlukan zat tertentu yang kadang kala tanpa disedari kita tidak cukup mengambilnya.
Antara khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan adalah yang ada terkandung dalam vitamin E, zink, asid pantotenik, kalium, vitamin A, vitamin C, vitamin D, thiamin B6, riboflavin dan niacin. Vitamin tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita seterusnya berpeluang untuk mengandung.
Di Shaklee terdapat semua supplemen tersebut dan dapat menolong ramai mereka yang diluar sana untuk mengandung. Antara supplemennya adalah Sustained Release Vita C, B-Complex, Vita E Complex, ESP, Vita-Lea, Zinc Complex, GLA Complex dan Alfalfa Complex.
Namun demikian, sekiranya anda sudah berjaya hamil bukan bermakna anda boleh melupakan suplemen itu. Sebaliknya pengambilan itu mesti diteruskan sepanjang kehamilan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan badan yang makin meningkat serta menjaga keadaan tubuh badan sendiri dan bayi dalam kandungan.