Rahsia Burger Mcdonalds

on 24 March 2014


Saya bukan hendak bercerita dan berceramah mengenai agama dan kempen boikot Mcdonalds kerana mereka menyokong pergerakkan zionis. Ini bukan pasal kempen tersebut.

Anda pernah makan Big Mac?
Anda pernah makan Burger King?
Anda pernah makan Burger Ramlee?

Apa beza rasa burger Big Mac dan Burger King serta Burger Ramlee.

Burger Ramlee digoreng atas dapur panas dan rasanya macam daging, masih lembut dan juicy. Burger King dibakar atas pemanggang (grill) dan rasa pun masih seperti daging panggang.

Tetapi kenapa Big Mac dan burger lain Mcdonals rasa lain, rasa pelik. Ada yang cakap rasa:

1. hampas
2. card board
3. bukan daging
4. campuran isi perut lembu
5. daging tong sampah

Bau daging tiada. Warna pun pucat semacam. Ada pula yang pandai cakap burger tu stim dahulu lepas tu baru goreng.

Sebenarnya....... 


Jangan terkejut dan jangan marah saya kerana membuat pendedahan ini. Saya pun pada mulanya terima satu whatsapp suruh boikot Mcdonals kerana chef terkenal Jamie Oliver suruh boikot. Jadi saya pun siasat...

Huh? Siapa Chef Jamie Oliver? Kalau anda tiada Astro dan tak layan The Food Channel, anda perlu tahu yang Chef Jamie Oliver adalah selebriti chef terkenal dengan rancangan The Naked Chef. Beliau sendiri ada kempen boikot Mcdonalds.

Kenapa chef terkenal ni dah buang tabiat ke? 


Ini komen Chef Jamie...


"Pada asasnya, mereka mengambil produk yang akan dijual pada harga yang paling murah untuk anjing dan selepas proses itu mereka boleh berikan kepada manusia pula"

"Saya akan tunjukkan kepada penonton Amerika 'pink slime' mentah yang dihasilkan dengan proses ammonium hidroksida"

Ini adalah salah satu segmen rancangan tv kempen beliau dan anda boleh tengok bagaimana 'pink slime' ini dibuat secara teori dengan demonstrasi prosesnya sekali.


Ini adalah gambar 'pink slime', ramuan atau filler yang digunakan untuk membuat burger Mcdonalds.


Kenapa Mcdonalds buat begitu?


ekonomi - bahagian dalam lebihan lembu lebih murah menjadikan harga burger mereka tersangat murah di USA (serata dunia?)
bakteria e.coli

E.coli digelar 'burger bug' di Amerika Syarikat dan pertama kali dikenal pasti di Britain pada tahun 1982. Bakteria ini membunuh berpuluh-puluh orang, terutamanya kanak-kanak dan warga tua.

Pada tahun 1996, Mcdonalds disaman oleh satu keluarga kerana anak mereka mati memakan burger yang ada bakteria e.coli.

Oleh itu dengan menggunakan kaedah pemprosesan 'pink slime' ini, lebihan daging yang direndam dan dibasuh dengan ammonium hydroxide dapat membunuh bakteria e.coli dengan jayanya. Tetapi adakah bahan makanan ini masih selamat untuk kita? Saya rasa tidak. Anda boleh terus baca dan tengok video bukti dibawah jika anda kata racun ammonium hydroxide sudah tiada masa Big Mac dimasak dan dijual kepada umum.

Tidak hairan sekarang timbul banyak sangat kes kanser dengan mendadak. Kes-kes terpencil fibroid (uterus) dan cyst (ovari) sudah menjadi-jadi sekarang ni. Mungkinkah ini ada kait mengait dengan 'pink slime'?

Selain membunuh bakteria, apa kesan sampingan ammonium hydroxide? Makanan tidak boleh busuk kerana tiada bakteria. Sampai bila? Sampai kiamat. Tak percaya? Jom tengok video bawah ni...

Klip video burger yang dah bertahun lamanya disimpan.

Apa kesan terdedah kepada ammonium hydroxide secara langsung?


Sumber: www.medivisuals.com

Oleh itu, jika keluarga, saudara-mara, kawan dan kenalan nak makan Mcdonalds, tidak kira bangsa atau agama... tolong ceritakan kepada mereka mengenai 'pink slime' dan ammonia hydroxide.

 Moga-moga anda dapat selamatkan seseorang. Wallahualam......
Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved