Sumber Kalsium dalam Makanan

on 05 April 2014


Kalsium merupakan salah satu sumber makanan yang sangat penting. Ada beberapa makanan yang mengandungi banyak kalsium dan boleh dimasukkan dalam senarai menu harian antaranya :-

Susu
Umum sedia maklum tentang pembekal sumber kalsium terbanyak yang ada dalam susu. Anda boleh variasikan perisa susu seperti strawberi, coklat atau vanilla untuk rasa yang lebih enak. Susu membantu pertumbuhan tulang dan gigi.

Keju
Selain susu keju juga makanan yang kaya dengan kalsium. Anda boleh menambahkan keju pada roti atau makanan kegemaran. Hidangan keju bagus untuk anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran.

Telur
Selain menjadi sumber protein, telur juga mengandung kalsium yang baik. Kebanyakan dari kita dan kanak-kanak terutamanya suka makan telur. Untuk mengelakkan rasa bosan makan telur begitu sahaja, anda boleh berkreatif dalam menyediakan hidangan telur. Antara menu cadangan berasaskan telur seperti salad telur, omellete, telur hancur, sandwic telur dan lain-lain lagi. Telur kaya  dengan protein yang bagus diambil secara rutin.

Brokoli
Selain menyumbangkan kalsium, brokoli juga dapat mengubati penyakit kanser. Anda boleh pelbagaikan masakan brokoli mengikut kreativiti anda seperti sup, goreng, stim dan sebagainya.

Oren
Buah oren memang sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas. Paling penting ia kaya dengan kandungan kalsium. Selain kalsium ia juga menyumbangkan Vitamin C yang bagus untuk sistem imun badan anda.

Sumber : Majalah Pa&Ma

Ranking: 5
 
© VitaminBonda All Rights Reserved